Saturday 1 October 2011

tudung slash fesyenista?

assalamualaikum, entah kenapa rasa terpanggil nak tulis post yang bertajuk ini. selalunya jika kita cakap pasal tudung, sudah semestinya berkaitan dgn aurat wanita kan~ mula2 skali, meh, saya terangkan aurat wanita. wanita hendaklah menutup auratnya; iaitu seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. INGAT muka dan tapak tangan jer. maknernye yang lain kena tutuplah? ye! abestu kape ada jer yang pakai tudung nampak lengan? nampak segala bagai. padahal sudah ditetapkan aurat wanita. tu yang saya pening ni. sebab, kita blajar agama dari kecik lagi. malah ada yang mak bapak dia dah ajar masa kuar2 dari perut mak lagi. tetapi, dapat dilihat ye hari ini, insan yang dahulunya di ajar sedari kecik cara menutup aurat yang sempurna dan didikan agama yang mantap, makin lama makin melupakannya. malah ada yang makin singkat. tu yang saya ni makin tak paham.

ada jugak yang menganggap bertudung ni umpama fesyen, nak tayang kat orang sana sini. sbb rasa cam lawa je kan pakai lilit2, lip lap bagai. ye memang kalau rasa nak berfesyen tu mmg la boleh, tapi boleh x pastikan dahulu; dah tutup dada belum? baju tu longgar ke x? rase2 kalau jalan2 nanti angin jantan tiup, tudung tu terangkat, nampak x sesuatu perkara yang sepatutnya haram untuk tontonan umum?; see, ada banyak sebenarnya persoalan yang boleh kita tanyakan pada diri sendiri untuk menggelakkan kita dapat dosa, dan orng yang melihatnya jua nampak dosa.

satu lagi kalau nak berfesyen tu agak2 dah lah. x yah nak melampau sgt. x cukup tudung yang dah sedia serabut tu, mekap pulak tebal berinci-inci, pakaian pulang sendat2 sampai nampak la sumer, macam dah xder beza pakai baju ke tidak.

berfesyen untuk cantik. tapi kita ingat jugak lah yang, apa yang kita pakai akan menjadi tontonan orang ramai.

extra edition^^

saya sebenarnya malu jugak dgn bangsa2 lain ni. mereka ni tau pasal agama kita, yang dimana kita perlu menutup aurat sumer tu. diorang mmg tau, sampai dorang boleh cakap macam ni.

"kenapa orang islam kena pakai tudung? padahal nanti kat luar free-hair, macam la saya x tau ramai jer yg x bertudung ke luar. pastu pakai seksi2,. kat dalam U je pakai tutup2."

apa yang anda rase? saya mmg rasa macam nak balas sahaja persoalan yang dilontarkan oleh bangsa tersebut, tetapi, beliau tidak menanyakan ia kepada saya, dia tanya kat orang lain. dan, org tersebut tidak mampu berkata apa2.

maaf jikalau terkasa bahasa:)